Sosok Shultonul Auliya
(Syeikh Abdul Qadir Jailani) - ‘Abd al-Qadir al-Jilani ibn Salih ibn Jangidost, (juga dieja Abdulqadir Gaylani, Abdelkader, Abdul Qadir,
Abdul Khadir - Jailani, Jilani, Jeelani, Jilali, Gailani, Gillani, Gilani, Al Gilani) (470-561 H. / 1077-1166
M.) adalah sheikh pendakwah sufi mazhab Hanbali keturunan Parsi dan pemimpin mazahab Sufi Qadiri. Dia dilahirkan pada 1 Ramadan pada 470 H., 1078 M., di daerah Gilan, Parsi (Iran) selatan Laut Caspian. Disebabkan bahasa Parsi tidak memiliki huruf fonetik "G" dalam tulisan Arab, namanya juga direkodkan sebagai Kilani dan Jilani dalam manuskrip Arab.
Gilani tergolong dalam rangkaian kerohanian Junayd Baghdadi. Sumbangannya kepada pemikiran Dunia Muslim memberikannya gelaran Muhiyuddin (harafiah. "Pembangkit semula keyakinan"), kerana dia bersama muridnya dan rekan sejawat meletakkan batu asas bagi masyarakat yang kemudiannya menghasilkan ulama seperti Nuruddin Zengi dan Salahuddin al-Ayyubi. Golongan Sufi yang dinamakan sempena namanya dipercayai yang tertua dan yang terawal dikalangan golongan sedemikian.
Keturunan
Al-Jailani telah dilahirkan sekitar tahun 470/471H yang bersamaan 1077M di sebuah wilayah bernama Jailan atau Kailan di Parsi atau Iran kini (lantas memberi imbuhan gelaran al-Jailani). Ayahanda Al Jailani, Abu Salih Musa al-Hasani, adalah dari keturunan Hassan bin Ali, yaitu anakanda sulung Ali bin Abi Talib r.a. (menantu dan sepupu kepada Nabi Muhammad s.a.w) dan Fatimah r.a. (puteri baginda s.a.w.) Ibunda Al-Jailani adalah puteri kepada Abdullah Sawmai, yang juga keturunan dari Hussein bin Ali, adik kepada Hassan. Maka, Al-Jailani adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. melalui susur galur kedua-dua cucu baginda, Hassan dan Hussain.
Pendidikan
Beliau banyak menghabiskan masa kanak-kanak beliau di kota kelahirannya. Pada usia 18 tahun, beliau telah ke Baghdad (1095), untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang fiqh Hanbali di bawah beberapa orang ulama. Beliau menerima pendidikan Fiqh daripada Abu Ali al-Mukharrimi, Hadith daripada Abu-Bakar-bin-Muzaffar, dan tafsir daripada ulama tersohor, Abu Muhammad Jafar. Dalam bidang Tasawwuf pula, gurunya ialah Shaikh Abu'l-Khair Hammad bin Muslim al-Dabbas. Daripada gurunya, Syeikh Abdul Qadir menerima latihan asas dan seterusnya mendapat bantuan untuk perjalanan rohaniah beliau.
Hasil karya
Sesetengah hasil karya Jilani yang terkenal termasuk:
• Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Bekalan Mencukupi bagi Pencari Jalan Kebenaran dan Agama). - Lima jilid dikarang Sheikh Abdul Qadir atas permintaan murid-muridnya, sebagai panduan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan Islam, dalaman dan luaran.
• Futuh al-Ghaib (Pembuka Tabir Keghaiban) - 78 bahagian, agak pendek dan penyampaian yang terus dan sangat berkesan.
• Al-Fath ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian) - 62 bahagian, lebih panjang, disampaikan di Baghdad pada 545-546H.
• Jala' al-Khawatir (The Removal of Cares) - 45 bahagian, pada 546H.
• Malfuzat (Luahan Kata Sheikh Abdul Qadir) - Ini ialah koleksi ucapan beliau. Lazimya ditemui di penghujung mansukrip Arab untuk Fath ar-Rabbani.
• Khamsata 'Ashara Maktuban (Lima Belas Surat) - Ini ialah 15 pucuk surat yang ditulis beliau dalam bahasa Parsi kepada salah seorang anak murid beliau.
• Al-Fuyudat al-Rabbaniyya (Anugerah Ketuhanan)
• Bashair al-Khairat (Khabar Gembira) - Selawat oleh Sheikh Abdul Qadir dengan kaedah yang diilhamkan dari Allah.
• Kitab Sirr al-Asrar wa Mazhar al-Anwar (Buku Rahsia dalam Rahsia dan Penzahiran Cahaya).
Di nukil dari Kitab : Sirrul Asror Syeikh Abdul Qadir Al Jilani.

Mau donasi lewat mana?
REK (90000-4648-1967)
Gabung dalam percakapan