Get Median UI Premium $10 DEMO

Begini Penciptaan Nabi Adam

Pada suatu ketika Allah memerintahkan Malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Namun ketika tiba di bumi, bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, hingga bumi bersumpah, demi Allah ia tidak akan rela sebahagian tanahnya dijadikan Adam. Kerana ia bimbang kelak Adam akan berbuat maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali ke hadirat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpahnya bumi. Kemudian Allah memerintahkan malaikat Mikail turun pula ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi seperti apa yang dikatakan kepada Jibril, Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa, kemudian kembali ke hadrat Allah dengan tangan hampa.

Terakhir sekali Allah menyuruh Malaikat Izra'il turun ke bumi untuk mengambil tanah. Kata Allah: "Hai Izra'il engkau kini Aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun, jangan engkau undur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas nama-Ku."

Setelah Izra'il tiba di atas bumi, dia berkata: "Hai bumi, ketahuilah kedatanganku kemari atas perintah Allah dan atas nama Allah. Jika engkau membantah atas pekerjaanku ini, bererti engkau membantah perintah Allah dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang durhaka kepada Allah, bukan?".

Mendengar perkataan Izra'il, maka bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izra'il mengambil tanahnya dengan tidak banyak reaksi. Setelah Izra'il mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Illahi.

Kata Allah: "Ya Izra'il, pertama engkau yang Aku tugaskan untuk mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut roh manusia."

"Jika demikian hamba bimbang yang hamba ini akan jadi dibenci anak Adam kerana pekerjaan hamba ini," kata Izra'il.

"Tidak," jawab Allah: "Tidak mereka akan memusuhi engkau. Aku yang mengaturnya. Lalu Aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka. Sebab terbunuh, sebab terbakar, sebab sakit dan sebagainya."

Mengikut keterangan para Ulama bahawa tanah-tanah itu adalah seperti berikut:

  1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
  2. Tanah Bukit Tursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Telaga Al-Kautsar
  6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurisan
  9. Tanah Babylon
  10. Tanah India
  11. Tanah Syurga Firdaus
  12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas :

  • Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia dan di situlah tempat akal.
  • Telinganya dari tanah Bukit Tursina, kerana ia alat pendengar tempat penerima nasihat.
  • Dahinya dari Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
  • Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
  • Mata dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat untuk menarik perhatian.
  • Giginya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat untuk memanis-manis.
  • Tangan kanannya dari tanah ka'abah, untuk mencari nafkah dan kerja-kerja sesama manusia.
  • Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
  • Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus.
  • Kemaluannya dari tanah Babylon. Di situ tempat sex (birahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
  • Tulang dari tanah Bukit Tursina, alat peneguh tubuh badan.
  • Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan berjalan.
  • Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
  • Lidahnya, dari tanah Tha'if tempat mengucap kalimat syahadat, bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.

Demikianlah proses awal mula Nabi Adam diciptakan oleh Allah. Semoga menjadi tambahan ilmu yang manfaat.

Baca juga :
Pasang Iklan

Mau donasi lewat mana?

Mandiri a.n. Kholil Khoirul Muluk
REK (90000-4648-1967)
Bantu SantriLampung berkembang. Ayo dukung dengan donasi. Klik tombol merah.
Hanya seorang Blogger pemula, yang masih harus banyak belajar. Jangan lupa cari bekal fahala untuk akhirat, kunjungi bit.ly/maupahala - 24 jam berbagi fahala secara gratis.

Suratku untuk Tuhan - Wahai Dzat yang kasih sayangnya tiada tanding, rahmatilah tamu-tamuku disini. Sebab ia telah memuliakan risalah agama-Mu. Selengkapnya

Donasi

BANK Mandiri 9000046481967
an.Kholil Khoirul Muluk