Pendapat Madzhab tentang Taqlid
Taqlid adalah mengikuti pendapat orang lain tanpa mengerti dalil yang menunjukkan kebenaran pendapat tersebut. Berikut pendapat Imam Madzahib mengenai Taqlid ;
قال الامام أبو حنيفة : ان كان قولى يخالف كتاب الله وخبر الرسول فاتركوا قولى
Menurut pendapat Abu Hanifah: Sekiranya pendapatku ini menyalahi kitab Allah dan Sunnah rasul, tinggalkanlah pendapatku ini.
قال الامام المالك : انما انا بشر اخطئ واصيب فانظروا فى رأىي كل ما وا فق الكتاب والسنة فخذوابه ومالم يوافق الكتاب والسنة فاتركوه
Menurut pendapat Imam Malik: Aku hanya seorang manusia biasa dan mungkin tersalah dan mungkin pula benar. Oleh itu, telitilah pendapatku ini, sekiranya ia benar dan sama dengan al-Quran dan al-sunnah, maka ikutilah dan berpeganglah. Sekiranya ada yang tidak sesuai dengan al-Quran dan al-sunnah maka tinggalkan.
قال الامام الشافعى : مثل الذي يطلب العلم بلا حجة كمثل حا طب ليل يحمل حزمة وفيه افعى تلدغه وهو لا يدرى
Menurut pendapat Imam Syafie: Perumpamaan orang yang menuntut ilmu tanpa dalil seperti tukang kayu yang membawa seberkas kayu di malam hari dan dalamnya ada ular yang akan memagutnya, sedang ia tidak mengetahuinya.
قال الامام أحمد بن حنبل : لا تقلد نى ولا تقلد مالكا ولا الثورى ولا الآوزاعى وخذ من حيث اخذوا. وقال ايضا : من قلّة فقه الرجل أن يقلّد دينه الرّجل
Menurut pandapat Imam Ahmad: Jangan engkau bertaqlid kepadaku dan jangan pula kepada Imam Malik, al-Thauri dan al-Auza’i, tetapi ambillah dari tempat ia diambil, yaitu sumber dan asal pendapat mereka. Imam Ahmad menambah lagi, di antara tanda seseorang itu tidak faham ialah ia bertaqlid dalam urusan agama kepada orang lain.

Mau donasi lewat mana?
REK (90000-4648-1967)
Gabung dalam percakapan