Beriman pada malaikat secara tafsil dan ijmal

Wajib kita beriman dengan para malaikat yang namanya termaktub di dalam al Qur'an dan al hadits secara tafsil, yang di antaranya tiga malaikat yang menjadi ketua iaitu: Jibril, Mika'il dan Israfil.

Jibril ialah malaikat yang diwakili membawa wahyu, yang dengannya hati dan roh menjadi hidup. Jibril telah disebut di dalam al Qur'an al Karim bersama malaikat Mika'il. Firman Allah yang mafhumnya

"Katakanlah (Ya Muhammad!) Barangsiapa menjadi musuh dengan Jibril maka sesungguhnya ia menurunkan (al Qur'an) kepada hatimu dengan keizinan Allah, menyetujui (isi Kitab) yang sebelumnya dan (sebagai) satu petunjuk dan khabaran gembira bagi orang orang mukmin. Barangsiapa menjadi musuh dengan Allah dan malaikat Nya dan Rasul Nya dan Mika'il maka sesungguhnya Allah musuh dengan orang orang kafir." (Al Baqarah: 97-98)

Allah telah memuji malaikat Jibril di dalam al Qur'an dengan sebaik baik pujian dan mensifatkannya dengan sebaik baik sifat seperti dalam firmanNya yang mafhum:

"Sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang bintang, yang beredar dan terbenam. Demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya. Dan demi Subuh apabila fajamya mulai menyingsing. Sesungguhnya al Qur an itu benar benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril), yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy', yang ditaati di sana (alam malaikat) lagi dipercayai." (At Takwir: 15-21)

Dan firman Allah mengenai sifat malaikat, yang bermaksud:

"Yang mengajarkan (Nabi Muhammad) oleh (Jibril) yang sangat kuat, yang mempunyai akal yang cergas, lalu (Jibril itu) menampakkan dirinya dengan rupa yang asli." (An Najm: 5-6)

Mika'il ialah malaikat yang diwakili menurunkan hujan, yang menyebabkan hidupnya bumi, tumbuhan dan binatang. Manakala Israfil ialah malaikat yang diwakili meniup sangkakala, yang menyebabkan hidupnya makhluk semula setelah mati.

Di antara malaikat yang disebut di dalam al Qur'an ialah malaikat Malik yang menjadi penjaga neraka. Firman Allah .yang mafhum:

"Dan mereka (penghuni neraka) menyeru: (Hai Malik!) Hendaklah Tuhanmu hukumkan (mati) ke atas kami." (Az Zukhruf 77)

Keempat malaikat itu dan yang lain lagi yang disebut nama nama mereka dalam hadis sahih wajib kita beriman kepada mereka dengan amal/tugas yang diwakili kepada mereka. Ada pun para malaikat yang tidak disebut nama nama mereka wajib kita beriman secara ijmal iaitu beriman dengan jenis jenis mereka dan tugas tugas mereka sebagaimana yang diterangkan di dalam al Qur'an dan al Sunnah.

Oleh yang demikian, kita beriman kepada malaikat iaitu malaikat yang diwakili untuk menjaga dan mencatit amalan kita seperti firman Allah yang mafhumnya:

"Pada hal sesungguhnya bagi kamu ada malaikat mataikat yang mengawasi (pekerjaan kamu), yang mulia di sisi Allah dan yang mencatit (pekerjaan kamu itu)." (A1 Infitar: 10-12)

Dan firman Nya yang mafhumnya:

"Bagi manusia ada malaikat maiaikat yang selalu mengikutinya, bergiliran di muka dan di belakangnya, mereka menjaga atas perintah Allah." (Ar Ra'd: 11)

Dan firman Nya lagi yang mafhumnya:

"Apakah mereka mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar) dan utusan utusan Kami (malaikat) selalu mencatit di sisi mereka." (Az Zukhruf. 80)

Tersebut di dalam setengah setengah buku tafsir mengatakan: Malaikat yang bertugas mencatit amalan manusia itu ada dua: Satu malaikat di pihak kanan dan satu lagi di pihak kiri. Yang di pihak kanan mencatit segala kebajikan, manakala yang di pihak kiri pula menulis segala kejahatan. Dan ada dua orang malaikat lagi: Satu di pihak hadapan dan satu lagi di pihak belakang. Dengan demikian, bererti seorang manusia berada di antara empat orang malaikat.

Berhubung dengan pengawasan malaikat lagi sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

"Tiada seorang pun daripada kamu melainkan telah diwakili bersama samanya seorang teman daripada jin dan malaikat. Sahabat berkata: Walau pun engkau sendiri ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ya, hingga saya sendiri pun, tetapi Allah membantukan saya untuk menghadapinya, lalu ia memeluk Islam dan tidak menyuruh saya melainkan kebaikan" (Muslim, Ahmad)

Kita beriman juga kepada malaikat " ", malaikat yang diwakili mengambil nyawa makhluk di alam ini. Firman Allah yang mahfumnya:

"Katakanlah (ya Muhammad), malaikat malikul maut yang diwakili untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu. Kemudian kepada Tuhan kamulah kamu akan dikembaiikan" (As Sajadah: 11)

Baca juga :

Al Qur'an al Karim dan al Hadith al Syarif tidak menegaskan dengan terang nama nama malaikat ini, tetapi termaktub dalam setengah isar menyebut nama 'Izra'il. Wallahu A'lam.

Kita beriman kepada malaikat yang menanggung 'Arasy seperti yang diterangkan di dalam al Qur'an yang mafhumnya:

"Dan para hari itu (Kiamat) lapan orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. Dan di antara mereka ialah malaikat Israfil yang diwakili meniup sangkakala." (Al Haqqah: 17)

Kita beriman kepada malaikat yang diwakili menjaga neraka. Mereka ialah az Zabaniyah. Yang terkemuka ialah sembilan belas dari mereka.

Firman Allah yang mahfumnya:

"Dan berkatalah mereka yang berada di dalam neraka kepada penunggu penunggu Jahannam: "Mintakanlah daripada Tuhan kamu, moga moga Dia meringankan kami sehari dari azab." (Ghafir: 49)

Dan firman Nya yang mahfumnya:

"Penjaga penjaga (neraka) ialah malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang diperintah." (At-Tahrim: 6)

Dan firman Nya lagi yang mahfumnya:

"Di atas Neraka Saqar ada sembilan belas (malaikat penjaganya) dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat." (A1 Muddathir. 31)

Kita beriman juga kepada para malaikat yang diwakili menjaga syurga, mereka bertugas memberi sambutan kepada penghuninya seperti layanan makanan, minuman, tempat kediaman dan lain lain, di mana ni'mat ni'mat itu tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia.


Kesan Keimanan Kepada Malaikat dalam Hidup

Sebagaimana kami jelaskan bahawa Allah tidak mengizinkan kita melihat perkara perkara ghaib di dunia ini merupakan suatu nikmat yang besar kepada makhlukNya. Dan di antara limpah kurnia Nya ia memperkenalkan kita sejenis makhluk yang mulia iaitu para malaikat, di mana beriman kepada malaikat adalah termasuk dalam beriman kepada perkara perkara ghaib yang menjadi salah satu sifat orang orang muttaqin yang disebut oleh Allah dalam firman Nya yang mafhum:

"Alif Lam Mim, Kitab (al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafqahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (Al Baqarah: 1-3)

Beriman kepada malaikat menimbulkan kesan yang sangat mendalam dalam kehidupan seorang mukmin. Di antaranya:

Menjauhkan kita dari terjerumus ke dalam khurafat dan kepercayaan kepercayaan dongeng, kerana Allah telah memperkenal dan mengajarkan kita tentang roh roh mu'minah (para malaikat) yang ghaib berserta dengan tugas tugas mereka, sebagaimana terjerumusnya mereka yang tidak beriman kepada perkara perkara ghaib dan tidak menerima ilmu dari (wahyu ketuhanan)

Menjadikan kita beristiqamah (lurus) di atas perintah Allah, kerana mereka yang tertanam di hatinya dengan kewujudan malaikat selaku tentera Allah dan beriman kepada pengawasan mereka terhadap amalan dan percakapan manusia dan beriman kepada penyeksaan para malaikat ke atas tiap tiap perkara yang keluar daripada manusia dia terasa malu terhadap Allah dan terhadap malaikat. Dengan demikian, is tidak akan menyesali perintah Allah dan tidak mendurhakai Nya, sama ada di waktu terang mahu pun di waktu sembunyi. Bagaimana ia akan mendurhakai Nya sedangkan ia mengetahui bahawa segala sesuatu yang terkeluar darinya akan ditulis, dihisab dan disiksa!

Menjadikan kita bersabar, meneruskan jihad fi sabilillah, menimbulkan ketenangan jiwa, tidak berputus asa, tidak merasai cemas. Perasaan ini adalah lahir dari beriman kepada para malaikat dan tugas tugas mereka

Ketika seorang musafir sesat jalan, ketika jahiliah sedang bermaharajalela dalam masyarakat hingga jadilah seorang mukmin itu sebagai seorang dagang di watannya dan di kalangan kaum keluarganya, ia menghadapi penentangan, kata kata senda dan halangan dari mentaati Allah dan mengamalkan ajaran, di waktu sesat dan waktu dagang yang seperti ini simukmin itu mendapati dirinya ditemani oleh malaikat,' ia menyabarkannya, menetapkan hatinya supaya terus tegak di atas jalan kebenaran.

Inilah dia malaikat yang selaku tentera Allah, yang beribadah kepadanya sebagaimana simukmin beribadah, bertawajjuh (tumpu) kepada Allah pencipta langit dan bumi sebagaimana si mukmin bertawajjuh. Dia akan memberkati langkah hidup seorang mukmin, meneguhkan pendiriannya, menyebut baik di sisi Tuhannya. Dengan deniikian, si mukmin itu bukanlah berseorangan dalam perjalanan menuju Allah, malah dia bersama sama dengan makhluk makhluk Allah yang lain yang bukan sedikit bilangannya, dia bersama sama dengan para malaikat yang mulia, bersama dengan para Nabi alaihimus salam, bersama dengan langit dan bumi. Kerana itu, simukmin adalah orang yang paling banyak rakan dan mempunyai tempat bergantung yang sangat kuat.

Perasaan inilah yang menjadikan simukmin itu sabar, tenang hati sekali pun manusia lain menentangnya, malah is bertambah teguh dan makin kuat perjuangannya.

Tidakkah saudara saudara berfikir betapa besarnya nikmat Allah melalui Penciptaan Para malaikat! Dan melalui beriman kepada mereka! Di mana keimanan ini melahirkan kesan dan pengaruh yang kuat dalam jiwa, amalan dan kelurusan hidup seorang manusia.

Beriman kepada malaikat bererti membenarkan Kitab Allah dan membenarkan Rasul Nya al Sadiq al Amin 'alaih.

image_title
Pasang Iklan
Print Friendly and PDF
72157 24438 74365

Mau donasi lewat mana?

Mandiri a.n. Kholil Khoirul Muluk
REK (90000-4648-1967)
Bantu SantriLampung berkembang. Ayo dukung dengan donasi. Klik tombol merah.
Blogger and WriterCreator Lampung yang masih harus banyak belajar.

Suratku untuk Tuhan - Wahai Dzat yang kasih sayangnya tiada tanding, rahmatilah tamu-tamuku disini. Sebab ia telah memuliakan risalah agama-Mu. Selengkapnya

Donasi

BANK Mandiri 9000046481967
an.Kholil Khoirul Muluk