Dialog Ramadhan kepada Allah
Sahabat SantriLampung, di akhirat nanti semua amal kebaikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebaikan akan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok menawan seperti bulan purnama yang menyenangkan; sementara amal kejahatan akan datang kelihatan sangat buruk dan beebau busuk.
Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia akan kelihatan sangat cantik. Suatu ketika Ramadhan datang ke hadirat Allah swt. Kemudian ia memohon suatu rekomendasi bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Allah bertanya : "Apa hajat kamu ya Ramadhan?". Lalu Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengaruniakan 1000 mahkota kepada setiap orang yang puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain yaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70.000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikawinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayani oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan Buroq sebagai kapal terbang.
Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan orang yang puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai. Betapa hebatnya pengaruniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Moral & I'tibar
Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had.
Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji.
Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa dalam Lailatul-Qadr.
Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus.
Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.
Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini.
Mau donasi lewat mana?
REK (90000-4648-1967)
Gabung dalam percakapan