Kisah Wanita Abidah dan Rajab
Rajab masyhur digelari bulan Allah. Dikatakan begitu kerana ia adalah satu bulan yang mulia di mana Allah telah bermurah hati mengampuni dosa hamba-hambaNya, mengangkat derajat mereka serta melipat gandakan pahala mereka yang melakukan amal ibadah dalam bulan ini.
Sekiranya dalam bulan-bulan biasa, satu kebajikan dibalas dengan 10, tetapi dalam bulan Rajab setiap kebajikan dibalas dengan 70. Dalam bulan ini juga Allah telah menjalankan Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj yaitu perjalanan dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjid Aqsa dan dari sana pula dibawa ke Sidratul Muntaha, untuk menerima kewajiban solat 5 waktu dalam sehari semalam.
Setiap kali kedatangan bulan Rajab, seorang abidah (wanita yang kuat beribadah) ia mewiridkan bacaan 'Qulhuwallahu Ahad' sebanyak 11 kali selepas solat Subuh. Ini dilakukannya setiap hari sepanjang bulan Rajab pada tiap-tiap tahun. Usaha ini dilakukannya sebagai tanda memuliakan Bulan Rajab. Selain itu, wanita ini akan memakai pakaian yang kasar menggantikan pakaian biasa yang dipakainya pada bulan-bulan lain.
Suatu hari, dia jatuh sakit. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, wanita itu sempat berwasiat kepada anak-anaknya jika dia mati ia minta sikafani dengan kain kasar yang dipakainya. Dalam keadaan yang tenang, wanita itu menghembuskan nafasn terakhir. Semasa mengkafani jenazah ibunya, anak-anaknya terasa aib untuk menggunakan kain kafan yang sudah uzur dan lusuh, lalu menggantikannya dengan kain kafan yang baru.
Pada malam itu, anaknya bermimpi berjumpa ibunya. Ibunya bertanya mengapa mereka tidak mematuhi wasiatnya. Perbuatan mengkafani dengan kain yang baik menyebabkan ibunya tidak meridhoi mereka. Kemudian anaknya terbangun, dia berasa amat sedih dan menyesal atas perbuatannya. Dia segera ke kubur pada malam itu juga lalu menggali kubur ibunya untuk menggantikan dengan kain kafan yang lusuh. Alangkah terperanjatnya apabila mendapati mayat ibunya tidak ada di situ.
Anaknya berasa amat heran. Tiba-tiba kedengaran satu suara 'Hai nak! Tidakkah kau tahu bahwa orang yang memuliakan bulan Rajab tidak akan bersendirian di dalam kubur.' Mendengar suara itu, anaknya segera faham. Dia pun menimbun semula kubur yang digalinya lalu beredar dari situ.
Wallahu 'Alam.

Mau donasi lewat mana?
REK (90000-4648-1967)
Gabung dalam percakapan