Sejarah Pembukuan Al Qur'an
Sahabat SantriLampung yang dirahmati Allah; Pada kesempatan ini ananda ingin menulis sejarah singkat Awal mula pembukuan Al Qur'an.
Setelah wafatnya junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. terjadilah suatu peristiwa seorang penipu bernama Musailamah Al-Kazzab yang menggelar dirinya sebagai nabi. Maka orang yang lemah imannya pada saat itu akan banyaklah yang kembali murtad.
Ketika keadaan bertambah genting Saiyidina Abu Bakar r.a. telah mengisytiharkan peperangan bagi memberantas gejala buruk ini, maka berlakulah satu peperangan yang hebat. Dengan bantuan Allah s.w.t. tentera Islam dapat menewaskan dan membunuh Musailamah Al Kazzab. Dalam peperangan ini banyak para hafiz yang gugur terbunuh. Hal ini amat membimbangkan Saiyidina Abu Bakar. Maka beliau memerintahkan Zaid bin Tsabith untuk mengumpulkan lembaran ayat-ayat Al-Quran untuk dibukukan.
Mendengar perintah itu Zaid berkata: Dengan nama Allah, jika tuan hamba menyuruh hamba mengubah gunung dari satu tempat ke satu tempat yang lain tidaklah ia membebankanku dari mengumpulkan lembaran ayat-ayat Al-Quran. Bagaimanakah sanggup tuan hamba melakukan sesuatu yang baginda sendiri tidak malakukannya?" Saiyidina Abu Bakar r.a. menerangkan bahawa tindakan ini terpaksa dibuat demi menyelamatkan Al-Quran dari terpupus.
Setelah Zaid mendengar penerangan itu, maka ia pun menemui penduduk-penduduk di situ dan mengumpulkan satu demi satu lembaran ayat-ayat Al-Quran dari mereka yang ada dan menyalinnya. Zaid bin Tsabit r.a. juga menemui para hafiz yang menghafalnya dalam hati mereka sehingga dapatlah Zaid mengumpulkan hingga ayat yang terakhir.
Demikianlah sejarah singkat tentang pembukuan Kitab pedoma kita Al Qur'an. Semoga menjadi tambahan ilmu yang manfaat di dunia juga akhirat.

Mau donasi lewat mana?
REK (90000-4648-1967)
Gabung dalam percakapan