Pengagas Empat Mazhab

Hari Guru

Pengasas Mazhab Hanafi - Imam Abu Hanifah Bin Tsabit (80-150 H / 699-767 M).

Abu Hanifah An Nukman bin Tsabit bin Zufi'at At Tamimi adalah pengasas Mazhab Hanafi. Beliau dilahirkan di Kufah, pada masa pemerintahan Al Khalid bin Abdul Malik. 

Sejak dari kanak-kanak lagi beliau telah mengkaji dan menghafal Al-Quran. Untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya tentang Al-Quran, beliau telah berguru dengan Imam Abu A'sim yaitu seorang ulama yang terkenal pada waktu itu. Beliau juga mempelajari ilmu Fiqh dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w, seperti dari Anas bin Malik, Abdullah bin Aufa, Abu Tufail bin Amir dan banyak lagi. 

Dari sahabat-sahabat ini juga beliau mempelajari ilmu hadits. Beliau sangat tekun dalam mempelajari ilmu Fiqh dari seorang ulama yang terkenal pada waktu itu yaitu Humad bin Abu Sulaiman tidak kurang dari 18 tahun. 10 tahun selepas kematian gurunya (130 H) beliau berangkat ke Mekah. Di sana beliau berguru dengan salah saorang murid Abdullah bin Abbas r.a. Imam Abu Hanifah yang terkenal sebagai seorang yang sangat dalam ilmunya, ahli zuhud, tawaduk dan sangat teguh memegang ajaran agama. Beliau tidak tertarik kepada jabatan resmi kerajaan dengan sebab beliau pernah menolak jabatan hakim yang ditawarkan oleh Khalifah Al Mansur. Diriwayatkan kerana penolakannya, beliau dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya. 

Beliau wafat pada usia 70 tahun dan dimakamkan diperkuburan Khizra. Pada tahun 450 H / 1066 M didirikan sebuah sekolah agama yang dinamakan Jami' Abu Hanifah. Diantara kitab karangan beliau seperti Al Musu'un, Al Makha'rij dan Fiqh Akhbar.

Pengasas Mazhab Maliki - Imam Malik Bin Annas (93-179 H / 172-258 M).

Imam Malik bin Annas adalah pengasas Mazhab Maliki. Beliau dilahirkan di Madinah dan berasal dari Kabilah Yamaniah. 

Sejak kecil lagi beliau telah menghafal Al-Quran dan ibunya senantiasa memberi dorongan agar beliau bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Beliau mulai belajar dari seorang ulama yang terkenal waktu itu yang bernama Ribiah dan mendalami ilmu Hadis dari Ibnu Syihab disamping mempelajari ilmu Fiqh dari para sahabat. Karena ketekunan dan kecerdasan fikirannya, beliau terkemuka dalam bidang ilmu Hadis dan Fiqh. Beliau juga sangat berhati-hati dalam memberi fatwa. Beliau akan bermusyawarah terlebih dahulu dengan para ulama sebelum mengeluarkan suatu fatwa. 

Imam Malik memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Pernah beliau mendengar 31 Hadis dari Ibnu Syihab tanpa menulisnya dan bila diminta mengulanginya semula tidak satu baris pun yang dilupakannya. Beliau berkata : Ilmu itu adalah cahaya, ia mudah dicapai dengan hati yang takwa dan khusyuk. Beliau juga menasihati agar menjauhkan keraguan katanya. Sebaik-baik perkerjaan ialah yang jelas, jika salah satu dirinya meragukanmu maka kerjakanlah apa yang lebih yakin menurut perkiraanmu. 

Diantara kitab karangan beliau yang termahsyur ialah Al Muwatha' yaitu sebuah kitab Hadis dan Fiqh. Imam Malik wafat pada usia 86 tahun.

Baca juga :

Pengasas Mazhab Syafiie - Imam Muhammad Bin Idris Asy Syafiie Al Quraisyi (150-240 H / 717-820 M)

Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Idris Asy Syafiie Al-Quraisyi pengasas Mazhab Syafiie. 

Beliau dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150 H bertepatan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah. Meskipun beliau dilahirkan dalam keadaan yatim dan di besarkan dalam keluarga yang miskin, hal itu tidak menjadikan beliau merasa rendah diri apa lagi malas. 

Beliau begitu bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu Hadis dari ulama hadis yang terdapat di Mekah ketika itu. Pada usia yang masih sangat kecil beliau telah menghafal Al-Quran. Pada usianya 20 tahun, beliau telah berguru dengan Imam Malik dalam ilmu Fiqh dan Hadis di Madinah. 

Seterusnya beliau pergi ke Iraq dan berguru dengan sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah wafat Imam Malik (179 H) beliau berangkat ke Yaman untuk mengajar ilmu di sana. Selepas itu Khalifah Harun Al Rasyid pun mengundang beliau untuk datang ke Baghdad. 

Pada tahun 198H beliau pergi ke Negeri Mesir dan mengajar di Masjid Amru bin Ash. Kitab karangan beliau yang mahsyur ialah seperti Al-Umm, Amali Kubra, Kitab Risalah dan Usul Fiqh. 

Adapun dalam menyusun Usul Fiqh Imam Syafiie dikenali sebagai orang yang pertama mempelupori penulisan dalam bidang tersebut. Akhirnya beliau wafat disana.

Pengasas Mazhab Hambali - Imam Ahmad Bin  Hambal (164-241 H / 780-855 M)

Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hambal bin Bilal Al Syaibani. Beliau dilahirkan di Baghdad dan dibesarkan dalam keadaan yatim oleh ibunya. 

Ayahnya meninggal semasa beliau masih bayi. Semenjak kecil beliau telah menunjukan sifat dan peribadi yang mulia. Sehingga menarik minat masyarakat terhadapnya, serta sangat tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan. 

Beliau memulai dengan belajar menghafal Al-Quran, Bahasa Arab, Hadis, Sejarah Nabi serta para sahabat dan para tabi'in. Untuk memperdalam ilmunya, beliau pergi ke Basrah dan berguru dengan Imam As Syafiie. Beliau juga pergi menuntut ilmu ke Mesir dan Yaman. Diantara guru beliau ialah Yusuf Al Hassan, Ibnu Human dan Ibnu Abbas. Beliau banyak mempelajari dan meriwayatkan hadis tetapi tidak mengambilnya, kecuali yang sudah jelas sahihnya. 

Kitab karangan beliau yang terkenal ialah `Musuad Ahmad Hambali '. Beliau mula mengajar ketika berusia 40 tahun. Pada masa pemerintahan Al Muktasim ( Khalifah Abbasiah ) beliau telah dipenjarakan kerana bersependapat dengan fahama yang mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah mahkluk. Beliau dibebaskan pada masa pemerintahan Khalifah Al Mutawakkil. Imam Ahmad wafat di Baghdad dalam usia 77 tahun.


Demikian sejarah singkat Aimmah Al Mujtahidin 4 Imam Madzhab yang menjadi sandaran vertikal dalam ibadah dan dalam sanad keilmuan bagi para pengikutnya.

image_title
Pasang Iklan
Print Friendly and PDF
72213 24474 74421

Mau donasi lewat mana?

Mandiri a.n. Kholil Khoirul Muluk
REK (90000-4648-1967)
Bantu SantriLampung berkembang. Ayo dukung dengan donasi. Klik tombol merah.
Blogger and WriterCreator Lampung yang masih harus banyak belajar.

Suratku untuk Tuhan - Wahai Dzat yang kasih sayangnya tiada tanding, rahmatilah tamu-tamuku disini. Sebab ia telah memuliakan risalah agama-Mu. Selengkapnya

Donasi

BANK Mandiri 9000046481967
an.Kholil Khoirul Muluk